fbpx

Tiada keperluan tubuh Kerajaan Perpaduan di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Muhammad Akmal bercakap pada sidang akhbar pelepasan misi bantuan banjir Pemuda UMNO Malaysia ke negeri Pantai Timur di pekarangan Menara Dato Onn di sini, hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Penubuhan Kerajaan Perpaduan iaitu gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Johor bukanlah suatu keperluan mendesak.

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, perkara yang penting adalah rakyat menerima manfaat daripada kerajaan sedia ada ketika ini.

“Bagi saya sama ada tubuh atau tidak Kerajaan Perpaduan ini. Kita nak tengok Kerajaan itu stabil.

“Bagaimana Kerajaan itu stabil dan berjalan dengan baik, maka saya rasa tiada masalah. “Justeru, tidak ada keperluan untuk kita mendesak Kerajaan Negeri Johor untuk tubuhkan Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Perlepasan Misi Bantuan Banjir Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di Menara Dato’ Onn, di sini hari ini.

Sebelum ini, seorang perwakilan Parti Amanah Negara (Amanah) menggesa supaya Kerajaan Perpaduan di Johor segera ditubuhkan.

Perwakilan Johor, Zuhain Zain berkata, ketika ini, kerajaan di negeri berkenaan hanya diterajui satu parti iaitu BN.

“Keadaan ini tidak selari dengan semangat Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI