fbpx

Seksi ala Britney Spears, Nadia Brian dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keseksian Nadia Brian lebih terserlah apabila gaun singkat daripada jenis leather itu seakan-akan membalut tubuh kecil moleknya, sekali gus membuatkan ruangan komen dihujani pelbagai respons.

PETALING JAYA – “Baru je sopan masa Free Palestin, sekarang semua ‘free’ tengok”.

Itu antara komen yang membanjiri satu hantaran Instagram pelakon Nadia Brian yang galak menggayakan gaun mini sendat, baru-baru ini.

Aksi ‘berani mati’ yang dikongsikan sendiri pemilik nama sebenar Nadia Najwa Mohamed Rashidi itu didakwa seolah-olah sengaja mahu memancing perhatian.

Berdasarkan tarikh, gambar terbabit dipercayai dirakamkan pada malam sambutan Krismas.

Lebih mencuri fokus netizen apabila aktres berusia 32 tahun itu melengkapkan gaya dengan padanan rambut palsu warna perang.

Keseksiannya lebih terserlah apabila gaun singkat daripada jenis pleather itu seakan-akan membalut tubuh kecil moleknya, sekali gus membuatkan ruangan komen dihujani pelbagai respons.

Rata-rata mempertikaian pemilihan persalinan tersebut yang dikatakan tidak seperti luahan mengenai perubahan yang ingin dilakukan sebelum ini.

“Kata dulu nak belajar lebih lagi agama. Akhir zaman. Allahuakbar,” tulis seorang netizen

“Kan orang komen lucah marah bagai, tapi tengoklah pada pakaian,” luah seorang pengguna akaun lain.

“Nak jadi orang putih, insaflah Pelestin kelaparan,” ujar seorang lagi peminat.

Begitupun, sebilangan peminat lain memujinya yang menyamakan imej berkenaan memperlihatkannya seperti penyanyi Britney Spears dan aktres Cameron Diaz.

Sebelum ini Nadia yang aktif menzahirkan sokongan terhadap Palestin kerap meraih pujian ramai yang teruja melihatnya berhijab ketika terbabit dalam acara membabitkan misi kemanusiaan.

Malah, daripada respons terhadap komen positif orang ramai dalam beberapa hantaran terdahulu dia hanya meminta didoakan ke arah yang lebih baik.

Sementara itu, usaha mendapatkan maklum balas pelakon Hello Suri itu tidak berhasil apabila dia mematikan telefonnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI