fbpx

Kumpulan wanita piknik dalam ‘mall’, siap bentang tikar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kumpulan wanita itu duduk di atas tikar sambil menikmati makanan yang dibawa dari rumah seperti sedang berpiknik di tepi pantai. – TikTok

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi sekumpulan wanita ‘berpiknik’ di dalam sebuah pusat beli-belah dengan makan beramai-ramai daripada bekal yang dibawa dari rumah.

Laman berita Tribunnews hari ini melaporkan, kejadian berlaku di Tangcity Mall, Tangerang semalam.

Kumpulan wanita itu dirakam sedang duduk di atas tikar sambil menikmati makanan yang dibawa dari rumah seperti sedang berpiknik di tepi pantai.

Mereka duduk di tepi tangga pusat beli-belah tersebut.

“Tular rombongan wanita leka makan dan membawa pelbagai lauk-pauk, duduk di bawah tangga Tangacity Mall Tangerang,” demikian menurut keterangan video yang dimuat naik di platform TikTok.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Melakukan sesuatu yang bukan pada tempatnya adalah tidak elok. Semudah itu,” kata seorang netizen.

“Sedap mereka makan. Tidak berada di bawah panas atau hujan,” kata netizen lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI