fbpx

Saya tidak boleh haramkan rokok – Dr. Dzulkefly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Dzulkefly Ahmad

KLANG- Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad secara berseloroh memaklumkan beliau bukan mufti yang boleh mengeluarkan kenyataan mengharamkan penggunaan rokok di negara ini.

Sebaliknya, kata Dr. Dzulkefly, sebagai menteri bidang kuasa beliau adalah menguatkuasakan pengunaan rokok demi kepentingan kesihatan rakyat Malaysia.

“Saya hanya menguruskan supaya rokok dan asap (rokok) tidak terkena kepada kumpulan sasaran yang tidak merokok.

“Saya bertanggungjawab untuk memastikan individu yang tidak merokok juga mendapat hak mereka, iaitu dilindungi daripada asap rokok,” katanya ketika ucapan penggulungan dalam Konvensyen Nasional Amanah 2023 di sini hari ini.

Beliau mengingatkan bahawa amalan merokok tidak memberi manfaat kepada kesihatan, selain ramai meninggal dunia akibat kesan daripada amalan tersebut.

Dalam pada itu, Dzulkefly memaklumkan bahawa kerajaan tidak meneruskan cadangan untuk memperkenalkan Generasi Penamat Rokok (GEG) seperti yang dipersetujui sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI