fbpx

Rasa cromboloni RM13 sebiji mengecewakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik oleh wanita berkenaan yang kecewa dengan cromboloni berharga RM13 kerana tidak setanding dengan rasanya.

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa geram apabila pastri cromboloni yang dibeli pada harga RM13 sebiji sangat mengecewakan.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh Fajar Mustapha di Facebook, wanita itu menyifatkan harga cromboloni berkenaan tidak setanding rasa selain mendakwa pesanan yang diterima berbeza dengan gambar diiklankan.

Bukan itu sahaja, wanita itu turut berasa amat kecewa kerana rasanya tidak ‘menjadi’ berbanding cromboloni yang pernah dimakannya berkali-kali sebelum ini.

“Orang berniaga hang pun nak berniaga. Hangin aku. Orang Taiping, Kamunting ni lah sebab aku malas nak order (pesan). Orang beli pakai duit.

“Korang semua tengoklah, bezakan sendiri iklan dia dengan yang dia hantar pada aku,” katanya.

Bagaimanapun, dalam gambar tangkap layar perbualan WhatsApp yang dimuat naik, peniaga tersebut mengakui dia hanya ‘homebaker’ sahaja dan meminta maaf jika pelanggan meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap produknya.

“Awak, kita ‘homebaker’ je awak. Buat pun saja suka-suka ambil pesanan. Maaf kalau awak letak harapan yang tinggi.

“Gambar yang dimuat naik itu pula hanya sebagai rujukan pelanggan sahaja. Kita sudah letak logo dekat poster jadinya sebiji macam produk kita,” balas peniaga berkenaan.

Sementara itu, dalam hantaran berbeza, Fajar Mustapha berkata, dia tidak meminta ganti rugi dari peniaga terbabit sebaliknya membiarkan ia menjadi satu pengajaran.

“Zaman sekarang semua orang pun susah nak cari duit. Jangan aniaya orang. Jangan buat duit cara mudah. Peringatan untuk diri sendiri juga,” tulisnya.

Nama cromboloni adalah gabungan daripada croissant dan bomboloni.

Croissant merupakan pastri berasal dari Perancis yang cukup popular manakala bomboloni adalah donat tanpa lubang dengan isian pelbagai perasa serta taburan gula halus di luar.

Sejak kebelakangan ini, cromboloni mendapat permintaan tinggi sehingga menjadi kegilaan dalam kalangan orang ramai sehingga tular di seluruh platform media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI