fbpx

Indra Putra idam kekal bersama KUFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INDRA PUTRA yakin masih mampu memberikan sumbangan buat KUFC dan belum terfikir untuk bersara. - FB KELANTAN UNITED FC

KETIKA Shukor Adan dan Amri Yahyah sudah pun gantung but, Indra Putra Mahayuddin masih bercita-cita untuk meneruskan kariernya sebagai pemain dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Malah pemain kelahiran Ipoh, Perak itu bercita-cita untuk mengakhiri kariernya di bumi Kelantan memandangkan negeri itu ‘menghadiahkan’ memori indah kepadanya termasuk bantu The Red Warriors menamatkan penantian 89 tahun untuk menjuarai Piala Malaysia pada 2010.

“Saya tidak pasti lagi apa perancangan saya akan datang, tetapi yang pasti saya masih mahu bermain. Saya rasa saya masih mampu lagi dan saya mahu teruskan.

“Rasa ingin bersara di sini dan jika berlaku saya bersyukur. Saya harap saya akan bersara dengan Kelantan United FC (KUFC),” katanya yang nekad untuk kekal bekerja keras untuk pastinya kelibatnya masih lagi relevan.

Selain berpeluang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan pemain muda, Indra yang sudah pun berusia 42 tahun bertegas dia sentiasa mencabar diri untuk jadi lebih baik dalam setiap perlawanan diharunginya.

“Tidak ada rahsia pun, tetapi ia datang dari dalam, hasrat apa yang kita mahu dan kita kena pergi ke arah tujuan dimahukan. Saya pun sudah berumur dan setiap kali bermain, saya nak cabar diri saya untuk pastikan masih lagi boleh main dan tunjukkan sesuatu kepada pasukan.

“Saya belajar disiplinkan diri ketika masih muda, ketika itu saya dilatih oleh (mendiang) Karl-Heinz Weigang. Saya belajar dan ikut sampai sekarang, jadi sebab itu saya masih lagi mampu kekalkan kecergasan untuk bermain,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI