fbpx

Covid-19: 22,413 kes, 20 kematian dilaporkan pada ME 51/2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 22,413 kes Covid-19 dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME 51/2023) dengan peningkatan 29.5 peratus berbanding 17,307 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.)

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, bagi tempoh yang sama juga jumlah kematian akibat Covid-19 dilaporkan menurun sebanyak 23.1 peratus iaitu dari 26 kes kepada 20 kes kematian.

“Secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan pada ME 50/2023 berbanding ME 49/2023 iaitu pengisian katil bukan kritikal meningkat kepada 1.5 peratus dan pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU), meningkat kepada 3.6 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi pengambilan vaksin Covid-19 pada semalam, hanya 50 orang menerima dos penggalak pertama manakala 120 orang menerima dos penggalak kedua.

“Secara kumulatif sehingga semalam, hanya 16,347,130 penduduk Malaysia iaitu 50.1 peratus telah menerima dos penggalak pertama dan hanya 828,686 penduduk Malaysia (2.5 peratus) telah menerima dos penggalak kedua,” ujarnya.

Tambah Dr. Dzulkefly, Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memantau situasi Covid-19 dan mengambil tindakan segera dan wajar apabila diperlukan.

“KKM juga ingin menasihatkan orang ramai agar mengamalkan penilaian dan kawalan kendiri yang baik termasuk memastikan kebersihan diri bagi mengelak dari dijangkiti penyakit berjangkit termasuk Covid-19.

“Orang ramai perlu melaksanakan tanggungjawab sivik bagi melindungi bukan sahaja diri sendiri, tetapi ahli keluarga dan seluruh masyarakat terutamanya golongan berisiko tinggi,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI