fbpx

Pengacara TV dikecam tidak reti siang ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar siaran langsung rancangan televisyen tersebut.

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang bertindak memuat naik rakaman video pengacara televisyen (TV) tidak reti siang ikan menerima kritikan hebat daripada pengguna media sosial.

Menerusi video berdurasi 15 saat yang dimuat naik di aplikasi X @Cool_Wannabe82, dua pengacara wanita dilihat menyiang ikan menggunakan pisau dengan seorang daripada mereka kelihatan kekok ketika berbuat demikian.

Pemilik video itu juga sempat membandingkan dirinya yang lebih pandai menyiang ikan walaupun seorang lelaki.

“Aku yang lelaki ini pun tahu siang ikan, kalau macam ini alamatnya tak berasaplah dapur,” tulisnya sinis.

Ada netizen beranggapan wanita itu masih boleh memasak walaupun tidak pandai menyiang ikan kerana boleh meminta bantuan peniaga ketika membelinya di pasar raya.

“Sekarang dah banyak kedai siap servis siang ikan. Kalau ikan siakap tu boleh pilih nak belah dua ke potong kecil ke terpulang,” komen Nisa.

“Kenapa nak susah-susah siang ikan, di kedai pun orang boleh tolong siangkan,” tambah Afiqah.

“Bukan perempuan je kena pandai siang ikan, lelaki pun kena tahu. Takkan lelaki siang ikan pun tak boleh buat,” ujar Sya.

Perkongsian di aplikasi X itu menjadi tular sehingga meraih 2.7 juta tontotan dan 1,800 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI