fbpx

Amaran hujan berterusan di tujuh negeri sehingga 25 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengemaskini amaran hujan berterusan peringkat buruk dan waspada di beberapa kawasan pantai timur dan utara semenanjung Malaysia.

Menurut perkongsian MetMalaysia di Facebook, amaran hujan berterusan peringkat buruk diramal berlaku di negeri Kelantan dan Terengganu.

“Antara kawasan yang diramalkan di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai dan ia berkuat kuasa sehingga 23 Disember 2023.

“Selain itu, amaran hujan berterusan peringkat waspada turut dikeluarkan bagi Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling) dan Perak (Hulu Perak dan Kuala Kangsar) dalam tempoh hari ini sehingga 25 Disember 2023,” katanya.

Sementara itu, hujan berterusan juga diramal berlaku di Kelantan (Jeli dan Gua Musang) dan Pahang (Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin) sehingga 25 Disember 2023.

Tambah MetMalaysia, cuaca buruk tersebut juga bakal melanda Johor melibatkan kawasan Mersing, Kota Tinggi dan Pahang melibatkan kawasan Jerantut, Pekan, Kuantan dan Rompin sehingga 23 Disember 2023.

Dalam pada itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menyarankan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di seluruh peringkat hendaklah diaktifkan serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang mungkin berlaku terutama di kawasan yang berisiko tinggi.

Jawatankusa tersebut juga diminta untuk memastikan setiap pusat pemindahan sementara (PPS) dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada di dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI