fbpx

Tidur lebih lama pada hujung minggu kurangkan risiko serangan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tidur lebih lama pada hujung minggu tingkat kesihatan kardiovaskular. - Fox News

BEIJING – Satu kajian mendapati bahawa tahap kesihatan kardiovaskular seseorang akan bertambah baik sekiranya dia tidur lebih lama pada waktu hujung minggu, lapor akhbar New York Post.

Penyelidik Universiti Perubatan Nanjing di China menganalisis data daripada Tinjauan Pemeriksaan Kesihatan dan Pemakanan Kebangsaan (NHANES).

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Sleep Health itu mengumpul maklumat 3,400 orang dewasa di Amerika Syarikat (AS) berusia 20 tahun ke atas antara 2017 hingga 2018.

Individu tidur lebih lama sekurang-kurangnya satu jam pada hujung minggu berbanding semasa hari bekerja, didapati mempunyai risiko penyakit kardiovaskular lebih rendah.

Risiko lebih rendah mendapat penyakit jantung dikesan dalam kalangan mereka yang tidur kurang enam jam pada hari bekerja namun bangun lewat sekurang-kurangnya dua jam pada hujung minggu.

“Kajian ini mendapati anda boleh menebus hutang tidur dan rehat dengan tidur lebih dua jam pada hujung minggu, mengurangkan risiko serangan jantung,” kata profesor perubatan klinikal di Pusat Perubatan NYU Langone, Dr. Marc Siegel. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI