fbpx

Konflik Palestin-Israel: 26,700 orang awam terkorban, hilang di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Letupan kelihatan ketika Israel menyerang bandar Rafah kelmarin. - AFP

BANDAR GAZA – Pejabat media kerajaan Hamas di Semenanjung Gaza mendedahkan bahawa seramai 26,700 orang awam Palestin terkorban dan hilang sejak serangan Israel pada 7 Oktober lalu, lapor agensi berita Anadolu.

“Kira-kira 20,000 orang yang mati telah dimasukkan ke hospital termasuk 8,000 kanak-kanak dan 6,200 wanita,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa perang juga termasuk 310 petugas perubatan, 35 anggota pertahanan awam dan 97 wartawan.

Serangan Rejim Zionis tanpa henti juga memusnahkan dan merosakkan sekitar 308,000 unit perumahan di seluruh Semenanjung Gaza.

“Sekurang-kurangnya 114 masjid musnah dan 200 lagi rosak, manakala empat gereja turut menjadi sasaran.

“Tentera penjajah Israel juga memusnahkan 126 bangunan kerajaan dan merosakkan 283 yang lain, sementara 90 sekolah dan universiti tidak dapat digunakan,” jelas kenyataan itu.

Perang yang melanda mengakibatkan banyak bangunan runtuh dengan hampir 2 juta penduduk terpaksa berpindah ke kawasan sempit di tengah-tengah kekurangan makanan dan air bersih. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI