fbpx

Referendum akar umbi UMNO berlaku di mesyuarat cawangan, bahagian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMAD AKMAL bercakap kepada pemberita pada Majlis Perasmian Usahasama Pengurusan Ternakan Terbiar Daerah Jasin di Jasin, Melaka. Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/ KOSMO!

JASIN – Hala tuju UMNO tidak memerlukan referendum kerana parti akan mengadakan mesyuarat di peringkat cawangan dan bahagian sebagai medium melontarkan pandangan.

Ketua Pemuda UMNO, Muhamad Akmal Saleh berkata, secara tradisi hasil mesyuarat kemudiannya akan diangkat dan dibawa ke peringkat pusat untuk diputuskan.

Tegasnya, bagaimanapun pihaknya tidak mempunyai halangan sekiranya parti mahu membuat referendum di peringkat akar umbi dalam menentukan hala tuju pada masa depan.

“Walau apa sekalipun, hala tuju parti ditentukan oleh akar umbi dan diangkat melalui Majlis Kerja Tertinggi (MKT). Kemudian MKT akan tentukan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Usahasama Pengurusan Ternakan Terbiar Daerah Jasin di sini, hari ini.

Terdahulu, bekas Ahli MKT UMNO, Isham Jalil mencadangkan satu referendum dibuat di peringkat akar umbi bagi menentukan hala tuju kerjasama UMNO sama ada dengan DAP atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Dakwa Isham, akar umbi perlu diberi peluang untuk menentukan sendiri nasib parti selepas ramai yang menentang kerjasama UMNO dan Pakatan Harapan (PH), susulan keputusan unilateral dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Tambah Muhamad Akmal, Isham perlu menjelaskan terlebih dahulu kepada akar umbi apa sebenarnya reaksi beliau selaku Ketua Penerangan UMNO ketika itu apabila parti membuat keputusan menjalin kerjasama bersama PH. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI