fbpx

Jemaah masjid, surau Terengganu digalak pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan menjalin kerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) bagi mengekang penularan Covid-19 di masjid dan surau di negeri ini.

Yang Dipertua Maidam, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, antara langkah awal yang akan diambil ialah mengalakkan pemakaian pelitup muka dalam kalangan ahli kariah yang bersolat jemaah di rumah ibadat Islam berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya juga akan membantu JKNT memainkan peranan meningkatkan lagi kesedaran penduduk negeri ini mengambil dos penggalak ketiga vaksin Covid-19 terutama dalam kalangan golongan rentan dan berisiko tinggi.

“Maidam akan mengadakan mesyuarat dengan JKNT pada Khamis ini (esok) berhubung situasi semasa Covid-19 di Terengganu.

“Kalau boleh kita mahu semua imam dan bilal masjid dan surau di negeri ini mengambil dos penggalak ketiga vaksin Covid-19,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Shaikh Harun berkata, pengambilan dos penggalak ketiga vaksin Covid-19 dalam kalangan imam dan bilal itu diharap dapat menjadi tauladan terhadap masyarakat untuk mengikut jejak sama.

Jelas beliau, semua saranan tersebut termasuk galakan pemakaian pelitup muka bertujuan meminimumkan penularan Covid-19 dalam kalangan penduduk negeri ini.

“Kita bukan mahu menyusahkan jemaah tetapi demi menjaga kesihatan awam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI