fbpx

8 kenderaan hangus berhampiran Sedenak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba memadam kebakaran lapan kenderaan dalam kejadian di Kilometer 38.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara berhampiran Sedenak, Kulai awal pagi hari ini.

KULAI – Sebuah treler yang membawa muatan tujuh buah kereta musnah dalam kejadian kebakaran di Kilometer 38.1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara berhampiran Sedenak di sini awal pagi hari ini.

Komander Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Fauzi Che Deris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.52 pagi.

Katanya, seramai 25 anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Skudai dan Tebrau dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempatkejadian didapati benar terdapat kebakaran sebuah lori treler bermuatan 7 buah kereta.

“Kereta yang terbakar melibatkan lima buah kereta jenis Honda dan masing-masing sebuah Toyota Yaris serta Proton Saga,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Fauzi berkata, kebakaran memusnahkan lebih kurang 70 peratus semua kenderaan.

“Kebakaran tidak melibatkan mangsa. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI