fbpx

Ujian air kencing pegawai polis kes langgar pelajar negatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yusri.

IPOH – Hasil ujian saringan air kencing pegawai kanan polis yang terlibat dalam kes langgar pelajar lelaki tingkatan lima di Jalan Taman Jati kelmarin, disahkan negatif dadah.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pegawai kanan berpangkat Deputi Superintendan berusia 44 tahun itu menjalani ujian berkenaan sejurus ditangkap pada hari kejadian.

Katanya, keputusan ujian saringan itu menepis dakwaan tular yang menuduh pihak polis tidak mengambil sampel air kencing suspek untuk pemeriksaan.

“Tuduhan itu tidak benar, berdasarkan ujian air kencing yang dilakukan suspek didapati negatif dadah.

“Kita juga telah mengambil sampel darah suspek dan kini sedang menunggu keputusan ujian darah yang dilakukan pihak patalogi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mohd. Yusri, setakat ini, tujuh orang saksi bebas telah pun memberi keterangan dan beliau memohon lebih ramai lagi saksi yang melihat kejadian itu untuk tampil membantu siasatan.

“Saya baca semua dakwaan yang tular di media sosial kononnya pihak polis akan melindungi suspek kerana dia pegawai kita. Tuduhan itu fitnah dan tidak benar sama sekali.

“Sebab itu, kita minta orang ramai yang ada maklumat untuk bantu kita buat siasatan, kita mahu beri keadilan bukan sahaja kepada mangsa tetapi semua pihak,” katanya.

Terdahulu, seorang pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintenden dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah direman tiga hari bagi membantu siasatan kes langgar dan seret pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI