fbpx

Konflik Palestin-Israel: Hizbollah bedil 3 pos tentera Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asap berkepul-kepul berhampiran pos Israel akibat serangan roket Hizbollah pada 15 Disember lalu. - AFP

BEIRUT – Kumpulan Hizbollah menyasarkan serangan ke atas tiga lokasi tentera Israel di sempadan selatan Lebanon sekali gus mengakibatkan banyak angka korban dalam kalangan askar Rejim Zionis.

Laman berita Middle East Monitor melaporkan, kumpulan yang berpangkalan di Lebanon itu memberitahu dalam satu kenyataan bahawa pasukannya menyasarkan tapak tentera Ramim dan Metulla.

Ia juga menyasarkan tapak tentera Birket Rishe di luar sempadan Lebanon dengan menggunakan peluru berpandu, tambah kenyataan tersebut.

Katanya, musuh disasarkan dengan ‘ketepatan’ lengkap, mengakibatkan banyak korban dan kecederaan dalam kalangan askar Israel.

Sementara itu, tentera Israel semalam mendakwa bahawa pihaknya telah menembak jatuh sebuah kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) berhampiran sempadan Lebanon.

“Satu lagi pesawat musuh yang melintasi Lebanon dan jatuh di kawasan Margaliot turut dikesan. Askar Israel menyerang wilayah Lebanon menggunakan meriam,” kata jurucakap tentera Zionisl, Daniel Hagari. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI