fbpx

EPL: Arsenal terdesak tewaskan Brighton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL berdepan kekalahan kepada Villa sebelum ini menyebabkan mereka terpaksa menyerahkan takhta liga kepada Liverpool. - AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta tanpa berselindung mengakui pasukannya kini terdesak untuk kembali meraih kemenangan ketika menerima kunjungan Brighton di Emirates, malam ini.

Selepas berdepan kekalahan 0-1 kepada Aston Villa, Arteta tidak rela terus dipalit kecewa untuk mencabar takhta Liga Perdana Inggeris dan keputusan seri dengan PSV Eindhoven di Liga Juara-Juara memberi gambaran positif reaksi daripada pemainnya.

“Kami akan tampil aksi terbaik kerana begitu sukakan kemenangan dan pasukan ini begitu terdesak untuk melakukan apa saja bagi memastikan kejayaan. Saya rasa kami patut menang ke atas Villa dan sekarang kami akan cuba sekali lagi pada aksi sukar bertemu Brighton.

“Brighton adalah pasukan yang bagus, jadi kami perlu bermain dengan lebih baik dan semua ini akan jadi kunci utama untuk tewaskan mereka,” katanya.

Kekalahan kepada Villa beri kesan besar kepada The Gunners yang terpaksa melepaskan status pendahulu Liga Perdana Inggeris kepada Liverpool, namun kedua-duanya hanya dipisahkan satu mata, menyaksikan The Reds kini kutip 37 mata.

Dalam masa sama, Arteta menjelaskan tiga mata ke atas Brighton akan menjadi titik tolak kepada kemajuan pasukanya musim ini untuk cuba kembali ke puncak liga memandangkan selepas ini The Gunners dijadualkan bertemu Liverpool pada 24 Disember ini.

“Pada akhirnya kami perlu menentang semua pasukan dan inilah jadual yang kami terpaksa tempuh. Kami memiliki dua aksi besar, jadi kini kami hanya perlu terus mencuba untuk memenangi setiap perlawanan,” jelasnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI