fbpx

Penularan Covid-19 di universiti masih terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry melawat ke asrama pelajar ketika lawatan kerja ke kolej kediaman Kampus Sultan Azlah Shah, Di UPSI Tanjung Malim. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Penularan kes Covid-19 di institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara terkawal walaupun terdapat peningkatan kes baharu.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir berkata, pihaknya akan terus menjalin hubungan rapat dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mendapatkan panduan untuk mengekang penyebaran wabak berkenaan.

“Setakat ini terkawal, sekiranya keadaan sebaliknya berlaku, sudah tentu KKM akan maklumkan kepada KPT.

“Kita tertakluk kepada arahan yang akan dikeluarkan kementerian berkenaan, sehinggalah kita mendapatkan langkah selanjutnya untuk diambil, barulah kita maklumkan kepada pengurusan universiti dan komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke kolej kediaman di Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Proton City di sini hari ini.

Menurut beliau, meskipun keadaan terkawal, semua pihaknya khususnya pelajar perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan tidak berlaku penularan Covid-19 di kawasan kampus.

“Sama ada pelajar atau komuniti dalam kampus, saya harap mereka ambil langkah berjaga-jaga. Kita tidak mahu berlaku penyebaran wabak ini di dalam kampus,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI