fbpx

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di tiga buah negeri, minggu hadapan.

Bagi negeri Sabah, amaran dikeluarkan berkuat kuasa pada 18 hingga 19 Disember, manakala bagi negeri Pahang dan Johor pula berkuat kuasa pada 18 sehingga 21 Disember.

“Berdasarkan analisis model-model cuaca, luruan monsun dijangka berlaku pada 17 hingga 23 Disember 2023.

“Keadaan ini berpotensi membawa hujan berterusan di selatan Semenanjung serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh berkenaan,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Tambah Met Malaysia, penumpuan angin juga dijangka berlaku di Sarawak sehingga 18 Disember 2023 yang berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang.

“Satu lekukan tropika telah terbentuk di tenggara Filipina dan dijangka bergerak ke barat merentasi Laut Sulu dan seterusnya ke Laut China Selatan.

“Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di negeri Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam.

Selain itu, Met Malaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora bermula 17 hingga 23 Disember.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI