fbpx

Malaysia No.12 Piala Dunia Hoki Remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain Malaysia sudah memberikan yang terbaik tetapi tuah tidak memihak kepada mereka apabila tewas kepada New Zealand menerusi penentuan penalti shoot-out.

KUALA LUMPUR – Skuad hoki remaja lelaki negara terpaksa berpuas hati menamatkan saingan Piala Dunia Hoki Remaja 2023 di tempat ke-12 selepas tewas 3-4 kepada New Zealand menerusi penentuan penalti shoot-out di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Pada aksi penentuan tempat ke-11 dan 12 itu, kedua-dua pasukan terikat seri 2-2 sepanjang tempoh 60 minit permainan, sekali gus memaksa pemenang ditentukan menerusi penentuan penalti shoot-out.

New Zealand bermula baik apabila membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi pukulan sudut penalti Luke Aldred sebelum Malaysia menyamakan kedudukan 1-1 dua minit kemudian hasil gol padang Muhammad Adam Ashraf Mohd. Johari.

Bagaimanapun, kedudukan itu tidak bertahan lama apabila skuad Black Sticks sekali lagi berada di depan hasil gol padang Sam Lints pada minit kesembilan, sekali gus memastikan New Zealand menamatkan aksi suku masa pertama dengan 2-1.

Pada suku masa kedua dan ketiga, kedua-dua pasukan cuba menambah jaringan, namun hampa apabila masing-masing gagal merobek pintu gol lawan dan kedudukan kekal 2-1 menuju ke suku masa terakhir.

Ketika perlawanan berbaki tiga minit, skuad Young Tigers berjaya menyamakan kedudukan 2-2 menerusi gol padang hasil pukulan kencang Shamir Rizmi Shamsul, sekali gus mengheret perlawanan ke penentuan shoot-out.

Pada aksi penentuan shoot-out itu, Joshua Irwin menjadi wira New Zealand apabila meledak gol kemenangan pasukannya selepas menewaskan penjaga gol pasukan negara, Muhammad Danish Afnan.

Untuk rekod, Malaysia gagal untuk mengulangi pencapaian pada edisi 2021 yang berlangsung di Bhubaneswar, India apabila menyaksikan mereka berjaya menamatkan saingan di kedudukan kelapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI