fbpx

785,623 pesakit terima rawatan sakit ringan-ringan percuma di klinik swasta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Dzulkefly

PETALING JAYA – Lebih 1 juta rawatan pesakit bagi rawatan sakit-sakit ringan percuma di klinik swasta yang berdaftar telah direkodkan sejak Skim Perubatan Madani diperkenalkan pada 15 Jun lepas.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata sehingga 14 Disember 2023, sebanyak 1,005,645 rawatan sakit-sakit ringan telah diberikan kepada 785,623 pesakit melalui 2,506 klinik swasta dengan jumlah perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM62.5 juta.

“Kerajaan telah menunjukkan komitmen yang berterusan terhadap skim ini dengan memberi peruntukan sebanyak RM100 juta dalam Belanjawan 2024 agar skim ini dapat diteruskan pada tahun hadapan.

“Kementerian Kesihatan (KKM) dan ProtectHealth akan terus komited memantapkan gerak kerja dalam meningkatkan penglibatan klinik-klinik swasta di seluruh negara bagi memperluas akses kumpulan berpendapatan rendah kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti,” ujarnya.

Berkata lanjut, Skim Perubatan Madani ini adalah satu inisiatif Kerajaan melalui KKM bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40.

Skim ini ditawarkan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan membantu menampung kos rawatan sakit-sakit ringan di klinik swasta yang berdekatan tanpa sebarang caj.

Semakan kelayakan dan carian klinik swasta boleh didapati melalui laman web ProtectHealth, aplikasi ‘Skim Perubatan Madani’ atau MySejahtera untuk maklumat lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI