fbpx

Aaron-Wooi Yik terkandas di peringkat kumpulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aaron-Wooi Yik kempunan untuk melangkah ke separuh akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir 2023 di Hangzhou, China selepas tersingkir di peringkat kumpulan. - AFP

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik secara rasminya tersingkir daripada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir 2023 di Hangzhou, China selepas tewas pada aksi terakhir peringkat kumpulan sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Sukan Olimpik Hangzhou itu, Aaron-Wooi Yik ditunjukkan jalan keluar selepas tewas 21-18, 14-21, 12-21 kepada beregu tuan rumah, Liang Wei Keng-Wang Chang.

Kekalahan itu menyaksikan bekas juara dunia tersebut menamatkan saingan di kedudukan tercorot Kumpulan A selepas gagal mencatat sebarang kemenangan dalam kesemua tiga perlawanan.

Pada perlawanan tersebut, Aaron-Wooi Yik bermula dengan agak baik apabila menguasai sepenuhnya set pertama meskipun beberapa kali dicabar beregu tuan rumah itu sebelum mengutip kemenangan pertama 21-18.

Bersambung set kedua, Wei Keng-Wang Chang yang menerima sokongan padu ribuan penonton di stadium memperkemaskan permainan dan berjaya menewaskan Aaron-Wooi Yik 21-14 bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.

Memasuki set ketiga, penguasaan Wei Keng-Wang Chang yang juga beregu No.1 dunia sukar dibendung lagi apabila mereka mendahului perlawanan dengan jarak mata cukup besar sebelum memastikan kemenangan dalam tempoh 61 minit.

Turut tersingkir di peringkat kumpulan adalah pasangan Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi yang tewas kepada satu lagi beregu China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi menerusi aksi straight set 12-21, 17-21.

Tamatnya perjuangan Aaron-Wooi Yik pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan AS$2.5 juta (RM11.70 juta) itu, Malaysia kini meletakkan harapan kepada beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang dijangka beraksi malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI