fbpx

32 penumpang roller coaster tergantung terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penumpang berjalan turun melalui laluan kecemasan. - Screengrab/ YouTube/ The Asahi Shimbun Company

TOKYO – Seramai 32 penumpang roller coaster di Universal Studios Jepun dilaporkan terkandas secara terbalik selepas permainan itu gagal berfungsi, lapor portal berita Asiaone hari ini.

Operasi roller coaster Flying Dinosaur itu terhenti di landasan sekitar pukul 11 pagi (waktu tempatan) semalam.

Ia menyebabkan sebuah gerabak roller coaster tersebut terkandas di salah satu titik tertingginya, kira-kira 40 meter dari tanah.

Akhbar The Yomiuri Shimbun melaporkan, pengendali taman permainan itu memaklumkan bahawa kesemua penumpang dibawa turun menggunakan laluan pemindahan oleh kakitangannya.

Tiada kecederaan dilaporkan ketika kejadian.

“Roller coaster berhenti secara automatik jika penderia yang dipasang mengesan gangguan,” kata pengendali taman permainan itu.

Pengendali itu menambah, punca sebenar kejadian masih tidak diketahui. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI