fbpx

Risau Covid-19 kali kedua ganggu peti suara – Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI NURHALIZA bimbang jangkitan Covid-19 kali kedua yang berlaku padanya baru-baru ini mengganggu peti suaranya. - MOHD. FARIZWAN HASBULLAH

KUALA LUMPUR — Dijangkiti Covid-19 buat kali kedua, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sudah tamat kuarantin mengakui bimbang andai jangkitan itu mengganggu peti suaranya sekali lagi.

Kata Siti, disahkan positif kali kedua benar-benar mencabar selain lebih menyakitkan berbanding kali pertama diserang virus itu tahun lalu.

“Bohonglah kalau saya kata tak risau, sebab suara saya adalah aset, tambahan pula turut mengalami gejala batuk berkahak yang sangat mengganggu.

“Berbeza dengan jangkitan Covid-19 kali pertama dulu tiada demam atau sakit badan, namun kali ini saya alami sengal otot yang teruk selain demam.

“Harap-harap, apa yang berlaku tak mengganggu peti suara saya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pada masa sama, pelantun lagu Sehebat Matahari itu juga sempat menitipkan pesanan kepada khalayak agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan kes jangkitan baharu Covid-19 semakin meningkat.

“Dalam keadaan sekarang yang semakin meningkat semula, semua orang kena sentiasa berjaga-jaga. Kalau tak sihat, cepat-cepat buat pemeriksaan kesihatan, telan ubat.

“Saya pun bila dapat tahu dijangkiti, cepat-cepat ambil vitamin C dan antibiotik, seterusnya menghabiskan kuarantin selama tiga hari,” katanya pada majlis Ukhuwah dan Apresiasi serta Pelancaran Kempen Jihad Yayasan Nurjiwa, semalam.

Ditanya mengenai kondisi terkini vokalnya, ibu kepada dua anak itu menzahirkan rasa syukur kerana suaranya sudah kembali ringan seperti dahulu ketika menyanyikan lagu lamanya.

“Syukur sangat sebab dah makin baik. Maknanya, bila saya nyanyikan lagu-lagu lama, bunyi suara saya ada rasa ‘ringan’ sedikit.

“Kalau tak, rasa ‘berat’, kasar dan nafas tak cukup. Jadi, ini proses yang sangat lama dan hampir setahun juga untuk saya kembali dapatkan suara ‘ringan’ seperti ini.

“Tiba-tiba, saya dijangkiti Covid-19 semula. Ini saya baru selesai kuarantin. Alhamdulillah, saya dah habis kuarantin dan harap-harap, tak ada apa-apa. Cuma tinggal batuk sahaja,” katanya.

Sebelum ini, isteri kepada Datuk Khalid Jiwa itu pernah dijangkiti Covid-19 pada tahun 2022 sehingga menyebabkan berlaku masalah pada peti suaranya. — KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI