fbpx

Jangan sakiti hati wanita lain sebab lelaki- Nadia Annuar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGACARA Nadia Annuar enggan menerima pasangan yang berstatus suami orang.

PETALING JAYA – Enggan menjadi perosak rumah tangga orang, pengacara Nadia Annuar menolak lelaki berstatus suami orang sebagai calon jodohnya pada masa akan datang.

Bagi Nadia, 39, prinsip tersebut menjadi pegangan kerana enggan dirinya digelar penyondol suami orang.

“Lelaki berstatus suami orang saya tolak sebab saya pernah jadi isteri dan memiliki seorang suami sebelum ini.

“Saya boleh memahami kepedihan golongan isteri apabila suami mereka dirampas. Buat masa ini memang elak,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Bekas hos program Wanita Hari Ini itu seboleh-bolehnya mengelak dan mencari pilihan lain daripada terdesak ‘mengejar’ lelaki milik wanita lain.

Kata Nadia, ibunya yang juga usahawan kosmetik dikenali sebagai Kak Ton turut menghalangnya menjalin hubungan dengan lelaki berstatus suami orang.

“Banyak lagi pilihan orang lain, kenapa nak jadi penyondol?

“Benda yang boleh elak, kita elak. Mak juga akan marah saya kalau ambil suami orang.

“Tak guna menyakiti sesama perempuan sebab lelaki,” tutur pemilik nama penuh Nadia Shahrul Annuar itu.

Pada Oktober lalu, Nadia mengesahkan ikatan perkahwinan selama lapan tahun dengan usahawan, Hafiz Salleh terlerai sekitar awal tahun ini.

Hasil perkahwinan dengan Hafiz, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Dya Naylaa kini berusia 7 tahun.

Sebelum itu, Nadia pernah berkahwin bersama Datuk Sulaiman@Mohd. Helmi Mohd Ilyas dan bercerai pada Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Aaron Erwin, 16. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI