fbpx

Bekas jurulatih juara dunia pilih Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERRYN (kanan) pernah memastikan Gros (kiri) bergelar juara pecut wanita dunia pada tahun lalu. – DIRECTVELO

DALAM usaha memantapkan skuad berbasikal trek negara, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengambil keputusan mendapatkan khidmat bekas ketua jurulatih Perancis, Herman Terryn bagi mengendalikan pasukan pelapis.

Pemangku Timbalan Pre­siden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill berkata, perkara itu sudah pun mendapat persetujuan Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) yang diadakan semalam.

Beliau berkata, pelantikan Terryn dianggap sebagai nilai tambah kepada skuad berbasikal trek negara berdasarkan pengalamannya melahirkan juara pecut wanita dunia 2022, Mathilde Gros.

“Hari ini (semalam) kami telah adakan mesyuarat JKK antara PKBM dan MSN. Selepas temu duga jurulatih minggu lepas, secara prinsipnya MSN bersetuju untuk melantik Herman Terryn yang pernah menjadi ketua jurulatih Perancis.

“Beliau boleh dikatakan individu bertanggungjawab menaikkan Mathilde Gros yang dianggap sebagai bintang sukan berbasikal Perancis. Jika semua berjalan lancar, beliau akan mulakan tugas Januari ini khasnya untuk pelapis.

“Beliau adalah tambahan kepada barisan jurulatih yang akan membawa lembaran baharu kepada skuad kami dan atlet-atlet pelapis. Pengalamannya sebagai ketua jurulatih Perancis akan memajukan atlet-atlet kita ke tahap lebih tinggi,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat JKK di MSN, Bukit Jalil semalam.

Dalam pada itu, Amarjit ­turut menjelaskan, Terryn sendiri menghantar permohonan bagi mengisi jawatan tersebut dan ia mungkin disebabkan beliau melihat skuad berbasikal trek negara memiliki potensi yang cukup besar.

“Beliau yang memohon kepada kita, mungkin (sebab) tertarik pada potensi atlet-atlet Malaysia. Kehebatan Jijoe (Datuk Azizulhasni Awang) mungkin turut menjadi faktor, jadi saya gembira kerana kita dapatkan jurulatih berkaliber sepertinya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI