fbpx

Hafidz Roshdi, Athira nikah 16 Disember, netizen ‘panas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tidak sampai enam bulan menduda, pelakon kontroversi Hafidz Roshdi dilaporkan bakal mengahwini wanita pilihan, Athira Yuhada pada 16 Disember ini.

Perkara itu dapat dihidu selepas kad undangan perkahwinan yang tertera nama kedua-dua mereka didedahkan kepada media.

Daripada butiran acara, majlis resepsi pasangan terbabit bakal berlangsung pada sebelah malam di sebuah dewan acara di Selangor.

Sebelum ini, pada Julai lalu Hafudz atau Muhammad Hafidz bin Roshdi menegaskan hubungannya dengan wanita terbabit sekadar kawan selain tidak mungkin berkahwin dalam masa terdekat.

Athira adalah wanita yang didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangga aktor terbabit dengan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Bahkan, dia juga pernah membuat permohonan maaf secara terbuka atas kekhilafannya rapat dengan pelakon Melastik ke Hatimu itu sekitar Februari.

Hafidz, 29, mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, namun mereka bercerai pada 27 Julai lalu selepas melalui proses mahkamah yang meraih tumpuan ramai.

Hasil perkongsian hidup, pasangan terbabit dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3.

Sementara itu, sebaik khabar pernikahan terbabit bertebaran, netizen mula mengusik aktor terbabit serta bakal isteri dalam laman sosial.

“Baru balik dari surau, nak gambar sayang. Masya-Allah, cantiknya,” sindir seorang pemilik akaun yang mengungkit tangkap layar mesej difahamkan antara mereka sebelum ini.

“Bahagia atas penderitaan orang lain, harap bahagialah. Tak terima nasib yang sama macam isteri pertama,” tulis netizen lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI