fbpx

Ahli Parlimen, Senator Dewan Negara disaran berhenti merokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lukanisman - FOTO Jabatan Penerangan Malaysia.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara diminta untuk tidak merokok dan menjadi contoh terbaik kepada masyarakat dalam usaha kerajaan menghentikan tabiat merokok.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, perkara itu perlu dilakukan memandangkan kedudukan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara itu sebagai penggubal dasar dan undang-undang negara yang tertinggi.

“Perkara ini perlu diberi perhatian oleh Dewan Negara dan Dewan Rakyat berikutan ramai dalam kalangan senator dan wakil rakyat merupakan perokok tegar dan perlakuan negatif itu ditularkan menerusi media sosial.

“Penguatkuasaan (Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 kelak) perlu diambil serius. Tan Sri Yang Dipertua, Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar saya mohon khidmat nasihat dan saranan kepada Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara agar tidak merokok.

“Kita adalah penggubal dasar, jangan pula beri contoh buruk kepada masyarakat kerana banyak gambar dan cerita bahawa masih ramai perokok dalam kalangan Ahli Parlimen dan Senator,” katanya dalam sesi jawab lisan di sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff yang ingin tahu langkah kerajaan memastikan penguatkuasaan undang-undang dapat membendung peningkatan merokok dalam kalangan generasi muda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI