fbpx

Sharnaaz ‘angkut’ kekasih, bekas isteri, anak bercuti di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARNAAZ bersama anak, bekas isteri dan kekasihnya Amelia kini sedang menghabiskan percutian bersama di Jepun.

PETALING JAYA – Dicemburui ramai, pelakon Sharnaaz Ahmad mengundang pujian netizen apabila dilihat bercuti di Jepun dengan kekasih hati, Amelia Christie dan bekas isterinya, Noor Nabila.

Perkara tersebut mula menjadi bualan ramai selepas Sharnaaz, 38, memuat naik beberapa video dia bersama dua wanita tersebut dan juga anak lelakinya, Jebat Jayden bercuti di beberapa lokasi di negara Matahari Terbit itu termasuk menyaksikan patung gergasi Gundam.

Terdapat juga video mamaparkan keempat-empat mereka kelihatan bahagia dan seronok ketika berjalan-jalan di sebuah lokasi pada waktu malam di sana.

Amelia turut mencuri perhatian ramai apabila berkongsi gelagatnya merangkul mesra lengan Noor Nabila, sekali gus membuktikan mereka berdua mempunyai hubungan yang akrab dan sangat baik.

Hubungan baik tiga individu tersebut seterusnya mencetuskan ribuan komen positif yang tidak habis-habis memuji Noor Nabila kerana bersikap ‘profesional’ kerana mampu bercuti bersama bekas suami dan Amelia.

“Noor Nabila memang hebat, profesionalnya dia sebagai bekas isteri berada di tahap mengagumkan.

“Ini jalan cerita yang paling ramai nanti-nantikan. Tidak berbalah dan Jebat beruntung memiliki keluarga tidak memburukkan sesama sendiri dan mementingkan perasaan anak.

“Setiap mereka mempunyai sikap terbuka dan rasa tiada cemburu. Bukan semua mampu buat,” puji netizen.

Sebelum ini, Amelia juga pernah berkunjung ke kediaman Noor Nabila selain menghabiskan masa bersama Jayden.

Terdahulu, kakak selebriti terkenal Neelofa itu pernah mendirikan rumah tangga bersama Sharnaaz pada Mac 2017, namun disahkan bercerai sekitar Julai 2020.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Jebat Jayden yang kini berusia enam tahun. Selepas bercerai dengan Sharnaaz, Nabila sempat menamatkan zaman solo dengan menikahi Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Mac 2021, namun jodoh mereka tidak panjang apabila dilaporkan sah bercerai pada September 2023.

Sementara itu, hubungan cinta Amelia dan Sharnaaz mula dapat dihidu apabila aktres itu kerap menemani kekasihnya di beberapa acara hiburan.

Difahamkan, hubungan mereka mula rapat selepas menjalani penggambaran sebuah drama sejak awal tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI