fbpx

Penjawat awam Perlis terima BKK setengah bulan gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shukri (tengah) bersama menunjukkan buku Belanjawan 2024 di Kompleks DUN Perlis di Kangar, hari ini.

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji tertakluk kepada minimum RM2,000 kepada kira-kira 1,300 penjawat awam negeri.

Menteri Besar, Mohd, Shukri Ramli berkata, pengumuman BKK itu adalah untuk menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam yang telah memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Kerajaan negeri juga sentiasa cakna dan prihatin terhadap motivasi dan kebajikan semua penjawat awam yang berkhidmat di negeri ini.

“Semua penjawat awam termasuk pegawai lantikan secara kontrak juga tidak terkecuali dan kerajaan negeri bersetuju menambah baik kemudahan kepada pegawai lantikan kontrak,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Negeri Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis di sini hari ini.

Terdapat 1,394 penjawat awam negeri dan pemberian BKK ini melibatkan komitmen kewangan hampir RM3 juta dan bayaran akan dibuat pada akhir Februari 2024. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI