fbpx

McDonald’s buka cawangan tengah ladang terpencil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Restoran McDonald’s terbaharu ini terletak di Saint-Francois, Quebec. - Oddity Central

OTTAWA – Sebuah restoran McDonald’s yang baru dibuka di Quebec, Kanada minggu lalu menimbulkan tanda tanya kerana berada di lokasi yang dikelilingi oleh kawasan ladang terpencil, lapor laman berita Oddity Central.

Cawangan terletak di 8075 Avenue Marcel-Villeneuve, Saint-Francois itu tidak disambungkan pada grid kuasa, sebaliknya bekalan elektrik dijana oleh generator.

“Ia betul-betul berada di tengah ladang. Bekalan elektrik juga belum ada. Mereka mendapatkan bekalan elektrik untuk restoran itu menggunakan generator,” kata seorang pengguna TikTok yang menetap berhampiran kawasan berkenaan.

Sebuah klip video yang dimuat naik individu tersebut memaparkan keadaan restoran itu yang kelihatan terpencil sekali gus mencetuskan beberapa teori konspirasi.

Orang ramai percaya bahawa cawangan itu dibuka kerana terdapat rahsia di kawasan berkenaan selain ada yang berpendapat tanah di sekelilingnya akan dijual kepada syarikat pemaju. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI