fbpx

Dua lagi senator angkat sumpah di Dewan Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Dua lagi individu mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Negara hari ini.

Mereka adalah Senator Datuk Abdul Halim Suleiman yang dipilih sebagai Ahli Yang Berhormat Dewan Negara oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Johor mulai 23 November lalu. hingga 22 November 2026.

Turut dilantik Senator Michael Mujah Lihan yang dipilih sebagai Ahli Yang Berhormat Dewan Negara oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak mulai hari ini hingga 10 Disember 2026.

Wan Junaidi berkata, dengan lantikan kedua-dua Senator ini, maka hampir kesemua negeri mempunyai wakil Ahli Dewan Negara kecuali daripada Melaka yang baru menamatkan tempoh perkhidmatan beliau pada 9 Disember yang lalu dan dua lagi kekosongan daripada negeri Selangor.

“Saya mengalu-alukan perbahasan kedua-kedua YB Senator ini di dalam sidang dewan yang akan datang.

“Saya menyarankan agar semua Ahli Dewan Negara mengekalkan momentum yang produktif ini dan terus berkongsi input perbahasan dan ucapan kepada media massa, elektronik dan media sosial agar rakyat terus dapat mendapat maklumat dan manfaat daripada perbahasan di dalam dewan yang mulia ini,”katanya semasa majlis angat sumpah di Dewan Negara hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI