PETALING JAYA – Seorang lelaki yang diberkas kerana membunuh ibu bapanya di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur malam kelmarin, kembali mengambil dadah selepas tiga hari dibebaskan dengan ikat jamin. Ketika kejadian pada pukul 7 malam itu berlaku, suspek yang menganggur berada dalam keadaan khayal dan menikam kedua-dua ibu bapanya yang berusia 82 dan 72 tahun secara bertubi-tubi di seluruh badan. Tragedi berdarah itu berlaku di ruang tamu rumah warga emas tersebut. Ujian air kencing mendapati, suspek positif tiga jenis dadah……














