fbpx

Rumah peneroka jadi transit PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARANGAN yang dirampas dalam serbuan dilakukan di sebuah rumah di Felda Adela, Kota Tinggi malam semalam.

KOTA TINGGI –  Tangkapan ke atas seorang lelaki tempatan yang juga ‘penjaga rumah penampungan’ berjaya membongkar kegiatan transit migran yang dilakukan di sebuah rumah di Felda Adela di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, serbuan dilakukan kira-kira pukul 1.30 pagi semalam dilakukan sepasukan anggota polis dari cawangan risikan dan operasi, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah tersebut telah tahan seorang lelaki warga tempatan berumur 39 tahun yang berperanan sebagai ‘penjaga rumah penampungan’. Turut ditahan 10 migran lelaki serta dua migran perempuan berumur lingkungan 20 hingga 46 tahun.

‘Siasatan lanjut mendapati suspek berperanan menyediakan tempat sebagai transit untuk migran sebelum pulang ke negara asal melalui jalan yang tidak diwartakan dengan bayaran sebanyak RM2,800 hingga RM3,000 setiap seorang kepada ‘tekong’,” katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI