fbpx

Hotel di Jalan Conlay terima panggilan ancaman bom palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah hotel terkemuka di Jalan Conlay cemas selepas menerima panggilan ugutan ancaman bom kira-kira pukul 8.07 malam tadi.

KUALA LUMPUR – Sebuah hotel terkemuka di Jalan Conlay cemas selepas menerima panggilan ugutan ancaman bom kira-kira pukul 8.07 malam tadi.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Unit Anjing Pengsan (K9) Bukit Aman dan Cawangan Siasatan Khas (D9) Dang Wangi telah digerakkan bagi melakukan siasatan lanjut.

“Tindakan ‘security flushing’ telah dijalankan secara rapi di lobi, dewan, tiga kawasan tempat letak kereta, seluruh 13 tingkat hotel dan kawasan pekarangannya.

“Bagaimanapun, tiada sebarang ancaman dikesan dalam kes ini,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Brickfields, hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan (Menakutkan Secara Jenayah Dengan Jalan Perhubungan Sembunyi Nama).

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini boleh menyalurkan terus ke Bilik Gerakan Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 0585 atau mana-mana bapai polis berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI