fbpx

Dua penunggang maut motosikal bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua mangsa maut selepas motosikal yang mereka tunggang bertembung di Kilometer 27, Jalan Gua Musang-Limau Kasturi, Gua Musang semalam. FOTO IHSAN POLIS

GUA MUSANG – Dua lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang mereka bertembung antara satu sama lain dalam kemalangan di Kilometer 27, Jalan Gua Musang-Limau Kasturi di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 9.45 malam itu, kedua-dua lelaki terbabit masing-masing berusia 19 dan 21 tahun maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 19 tahun dalam perjalanan dari arah Kampung Limau Kasturi menghala ke Kampung Jeram Tekoh.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, motosikal yang dipandu mangsa telah bertembung dengan motosikal dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun yang hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

“Pertembungan yang berlaku menyebabkan kedua-duanya maut di tempat kejadian. Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat.,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI