fbpx

Kaunter JPJ diserbu lagi, ramai mahu tukar topi keledar percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai menyerbu kaunter JPJ bagi menebus topi keledar secara percuma hari ini.

KUALA LUMPUR – Memasuki hari kedua Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjadi antara tumpuan pengunjung hari ini.

Kira-kira 1,000 unit topi keledar selesai ditebus oleh orang ramai dalam tempoh satu jam pertama selepas kaunter dibuka.

Menerusi tinjauan Kosmo! di lokasi, orang ramai mula beratur di hadapan kaunter penebusan seawal pukul 7.30 pagi lagi.

Berbezanya pada hari ini, kaunter dibuka lebih awal dari yang dijadualkan iaitu pada pukul 8.30 pagi bagi meraikan keterujaan orang ramai hadir mendapatkan topi keledar secara percuma.

Difahamkan kaunter penebusan topi keledar percuma ditutup sementara dan akan dibuka semula pada pukul 3 petang nanti.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, sebanyak 3,000 unit topi keledar baharu akan diagihkan secara percuma kepada 3,000 pengunjung terawal sempena program Setahun Bersama Kerajaan Madani di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula semalam sehingga Ahad ini.

“Kalau datang program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, kita menyediakan topi keledar secara percuma.

“Dengan syarat, bawa topi keledar lama untuk ditukar. Akan beberapa ribu unit topi keledar yang akan diberikan secara percuma,” kongsinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI