fbpx

Pelantikan Onn Hafiz kukuhkan UMNO di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD MASLAN (dua dari kanan) melihat tapak cadangan Kolej Komuniti bagi Parlimen Pontian di Kampung Parit Abdul Rahman, di Benut, Pontian hari ini. -Foto MUHAMMAD ZIKRI/KOSMO!

PONTIAN – Pelantikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang baru akan dapat memantapkan parti tersebut di negeri itu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, walaupun mempunyai tugas sebagai Menteri Besar, beliau mampu menjalankan tugas tersebut dalam masa yang sama.

Katanya, tugas sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Johor boleh dilakukan dalam masa yang sama ketika beliau melakukan lawatan kerja ke daerah atau bahagian.

“Pelantikan beliau menepati kriteria sebagai ketua kerajaan seperti di Pahang, Melaka dan Perak dimana Menteri Besar dan Ketua Menteri sebagai Pengerusi Badan Perhubongan UMNO.

“Kita ingin melihat perkara itu diselaraskan bagi semua negeri yang diterajui oleh UMNO termasuk Johor dan Trengganu yang juga mendapat Pengerusi Badan Perhubongan UMNO yang Baharu, Datuk Rozi Mamat,” katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak pembinaan Kolej Komuniti bagi Parlimen Pontian di Kampung Parit Abdul Rahman, di Benut di sini hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi Badan Pengerusi UMNO Johor menambah, beliau tiada masalah untuk bekerja dengan Onn Hafiz bagi memperkukuhkan parti UMNO di Johor.

“Saya bersedia untuk bekerjasama dengan beliau bagi memastikan UMNO Johor terus kukuh dalam mendepani cabaran politik pada masa akan datang,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI