fbpx

Isham akan dapat surat pemecatan dalam masa terdekat – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika berucap melancarkan MyNext TVET dan Pertukaran Dokumen Memorandum Kerjasama (MoC) Transformasi TVET Antara Kerajaan Dengan GLC dan Syarikat Swasta sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO memaklumkan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu, Isham Jalil sah dipecat dan parti itu akan mengeluarkan surat.

Jelas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, surat berkenaan akan diserahkan kepada Isham dalam waktu terdekat.

“Beliau (Isham) akan terima surat dalam waktu paling singkat,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran MyNext Tvet dan pertukaran Memorandum Kerjasama Antara Kerajaan, GLC dan Syarikat Swasta pada program Setahun Bersama Kerajaan Madani di Stadium Bukit Jalil hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan MKT UMNO yang bermesyuarat pada Rabu lalu telah membuat keputusan untuk memecat Isham.

Keputusan itu dibuat selepas Isham sebelum ini lantang mengkritik pendirian MKT UMNO yang bekerjasama dengan DAP di bawah Kerajaan Perpaduan yang dikatakan bertentangan dengan pendirian parti.

Bagaimanapun, menerusi laporan media semalam mendakwa Isham belum menerima sebarang surat daripada parti berhubung status keahliannya yang dilaporkan dipecat.

Bekas Penerangan UMNO itu berkata, setakat ini, beliau hanya dikhabarkan telah dipecat dan sudah dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp MKT UMNO pada malam Selasa lalu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid tidak menafikan ada beberapa individu dalam UMNO cuba merosakkan parti itu sejak 2018.

“Kenyataan Setiusaha Agung UMNO itu sangat mempunyai kebenaran. Ini kerana sejak 2018, kita telah menyaksikan pelbagai watak dalaman yang telah menjalankan kerja-kerja seperti ‘tikus membaiki labu’.

“Jadi apa yang sedang dilakukan oleh kepimpinan UMNO kini terutamanya Majlis Latihan dan Perkaderan UMNO ini adalah untuk menyuntik latihan berbentuk baharu bagi menyerap bukan hanya sementara tetapi juga kerja sebagai satu pasukan terutamanya dalam kalangan pemimpin UMNO,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI