fbpx

Dua kali menjanda, Nadia Anuar serik kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA kali gagal dalam perkahwinan, bekas pengacara Wanita Hari ini, Nadia Anuar mengakui sudah serik untuk berkahwin.

KUALA LUMPUR – Dua kali berdepan kegagalan dalam perkahwinan, personaliti televisyen Nadia Annuar serik untuk kembali mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat.

Nadia, 39, bagaimanapun tidak sesekali menyalahkan takdir Tuhan sebaliknya berpendapat fasa perceraian yang dilalui mengajarnya untuk menjadi wanita lebih matang.

“Serik? Ya sebab sudah dua kali perkahwinan saya gagal.

“Saya bukan jenis orang yang boleh berkahwin, cerai kemudian bernikah lain dalam tempoh yang dekat,” katanya kepada HibGlam, semalam.

Kongsi bekas pengacara Wanita Hari Ini itu lagi, meski ada beberapa jejaka cuba mendekati untuk mengenalinya dengan lebih rapat, hatinya belum terbuka.

“Kalau orang tanya bersedia atau tidak bernikah lain, mungkin akan ambil masa sangat lama untuk buka hati.

Tipulah kalau tidak ada yang mendekati, memang ada cuma saya bukan jenis selalu bersosial atau mudah untuk menjalin persahabatan serta bergaul dengan individu tidak dikenali.

“Jadi, buat masa ini bukan tutup sepenuhnya tetapi hati masih lagi terluka dengan perceraian baru-baru ini,” katanya lagi.

Nadia bagaimanapun menyerahkan aturan hidupnya kepada Tuhan selain memberi tumpuan sepenuhnya terhadap diri dan dua anaknya ketika ini.

“Sekarang cuma fokus diri sendiri dan anak-anak sahaja.

Tiada apa nak dikejar sebab nikmat perkahwinan pun sudah saya rasa malah dikurnikan dua anak.

“Saya serahkan semuanya kepada Tuhan soal jodoh,” ujarnya.

Pada Oktober lalu, Nadia mengesahkan ikatan perkahwinan selama lapan tahun dengan usahawan, Hafiz Salleh terlerai sekitar awal tahun ini.

Hasil perkahwinan dengan Hafiz, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Dya Naylaa yang kini berusia 7 tahun.

Sebelum itu, Nadia pernah berkahwin dengan Datuk Sulaiman@Mohd Helmi Mohd Ilyas dan bercerai pada Oktober 2010.

Hasil perkongsian hidup, mereka dianugerahkan cahaya mata lelaki, Mohamed Aaron Erwin, 16. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI