fbpx

Pemandu lori ikan putus tangan kiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang parah akibat kemalangan dengan treler muatan baja awal pagi tadi. - IHSAN BOMBA.

RAWANG – Seorang pemandu lori ikan tangan kiri selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer (KM) 447 Lebuh Raya Utara Selatan Arah Selatan, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pukul 1.18 pagi.

Katanya, anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikerahkan ke lokasi nahas.

“Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Rizan Mat Zin, kemalangan membabitkan dua buah kenderaan iaitu sebuah lori muatan ikan dan treler muatan baja.

“Pemandu lori ikan, lelaki tempatan berusia 55 tahun mengalami cedera parah tetapi tidak tersepit.

“Mangsa putus tangan kiri akibat kemalangan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mangsa sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI