fbpx

[VIDEO] Janda hantar anak ke rumah kebajikan sebab bakal suami tak suka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang ibu tunggal sanggup menghantar anaknya yang berusia 10 tahun ke rumah kebajikan gara-gara bakal suami baharu tidak menyukai kanak-kanak tersebut.

Berkongsi cerita, pengurus Rumah Kebajikan An-Naafi yang dikenali sebagai Kak Cha berkata, wanita tersebut bercadang untuk berkahwin pada Januari depan, namun pasangannya enggan menjaga anaknya bersama atas alasan kanak-kanak terbabit terlalu nakal.

“Hari ini (pada Isnin) Kak Cha dapat panggilan pagi tadi. Assalamualaikum ini Kak Cha dari rumah anak yatim itu ke? Kak Cha pun cakap ya saya, ada apa boleh saya bantu?.

“Begini puan, saya nak hantar anak saya dan Kak Cha pun tanya, anak puan umur berapa tahun, oh anak saya nak masuk 10 tahun, maknanya sekarang darjah empat.

“Apa tujuan nak hantar, saya macam ini, bulan satu nanti saya dah nak nikah baharu tapi masalahnya bakal suami saya tak suka dengan anak saya sebab dia kata bukan benih dia dan anak saya biasalah budak nakal jadi bakal suami tak suka,” kongsinya yang bercerita semula perbualan bersama wanita tersebut.

Kesal mendengar alasan wanita terbabit, Kak Cha telah menolak permintaan ibu tunggal itu yang mahu menghantar anak lelakinya ke rumah kebajikan.

Baginya, lelaki tersebut sewajarnya menerima kehadiran anak tirinya sekiranya mahu berkahwin dengan wanita itu dan bukan memisahkan kehidupan seorang ibu dan anak.

“Pada Kak Cha, suami ini kita boleh tukar ganti. Boleh ditukar lepas cerai, habis idah boleh kahwin lain kalau ada perasaan (mahu kahwin) itu kalau kita tidak serik, kita boleh cari suami lain.

“Anak ini sampai kita mati pun tetap anak kita, doa dia sampai untuk kita. Kenapa pilih untuk berkahwin lain dan hantar anak pada pusat jagaan, hantar anak ke rumah-rumah kebajikan. Sedangkah lepas kahwin kau kena kerja juga, tak ada kata lelaki (suami baharu) tanggung sepenuhnya,” soalnya.

Sehubungan itu, Kak Cha sempat mengingatkan ibu bapa mengenai situasi yang mungkin bakal terjadi kepada mereka sewaktu di usia senja nanti.

Katanya, jangan salahkan anak-anak sekiranya mereka tidak mahu menjaga ibu bapa yang tua disebabkan terpaksa membesar tanpa kasih sayang sebuah keluarga. – KOSMO! ONLINE

@annaafikids_kakcha Anak ni sampai mati dengan kita , jadi jangan lah kerana pasangan hidup yang baru kita sanggub hantar anak kita benih kita dek nak menjaga hati pasangan baru #anakasnaf #fyp #anaktetaplahanakselamanya ♬ original sound – Rumah Kebajikan An-Naafi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI