fbpx

Bedah siasat selesai, jenazah Zayn Rayyan dibawa ke masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bapa, Zaim Ikhwan menahan sebak mengiringi jenazah anaknya di dalam van jenazah, di Hospital Sungai Buloh, hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SUNGAI BULOH – Jenazah kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, dibawa ke Masjid Damansara Damai di sini untuk disembahyangkan selepas selesai proses bedah siasat.

Jenazah Zayn Rayyan dibawa keluar dari Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh pada pukul 5.55 petang selepas proses bedah siasat selesai.

Turut kelihatan ibu bapa Zayn Rayyan menaiki van jenazah untuk disembahyang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh.

Tindakan itu diambil susulan hasil bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Justeru itu, polis membuka siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana ada unsur jenayah.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI