fbpx

Untung Neelofa dapat suami soleh, pandai berdoa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIS ISMAIL

PETALING JAYA – Tindakan usahawan dan pendakwah bebas, Haris Ismail berkongsi doa yang sering diamalkan demi keharmonian rumah tangga bersama isterinya, Neelofa meraih pujian orang ramai.

Pemilik nama penuh Muhammad Haris Mohd. Ismail itu berkata, dia mendapat inspirasi dan doa tersebut daripada orang sekelilingnya yang sudah berumah tangga hampir 30 tahun.

“Saya ada pakcik yang dah kahwin 30 tahun, Saya terinspirasi dan saya tanya macam mana nak kekalkan hubungan rumah tangga dan dia kata dia baca doa letak tangan atas kepala isteri.

“Maksudnya doa tersebut ialah ‘Ya Allah aku minta kebaikan atas isteri dan kebaikan yang telah Engkau takdirkan kepada dia’.

“Begitu juga doa Nabi Muhammad SAW baca di bahagian kedua ‘Ya Allah aku mohon berlindung dari keburukan isteri aku dan keburukan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT ke atas diri dia,” kongsinya menerusi sebuah video dalam TikTok.

Pada masa sama, lelaki berusia 29 tahun itu sempat memuji Neelofa dan menyifatkan isterinya itu wanita dan ibu yang sangat baik pada suami, keluarga mahupun anak-anak.

“Isteri saya ini baik belaka masya-Allah, saya baca setiap hari pada isteri supaya orang yang terdekat dengan kita ni memberi kebaikan kepada kita dan dapat menjalani kehidupan dalam bahtera yang baik. Insya-Allah,” katanya.

Tinjauan Kosmo! Online menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Neelofa seorang wanita yang beruntung kerana mempunyai seorang suami soleh yang boleh membimbingnya ke jalan yang benar.

“Untung Neelofa dapat Hariz, serba serbi tahu, nampak jelas terpancar kebahagian di wajah Neelofa,” komen netizen itu.

“Haris ni contoh suami yang baik, walaupun usianya muda, banyak yang dia tahu dan belajar dengan orang sekeliling, untung mak Bilal dapat suami penuh ilmu agama,” demikian komen seorang lagi netizen.

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021. Mereka dikurniakan dua putera iaitu, Muhammad Bilal,1 dan Abdullah Abbas yang dilahirkan 11 Julai lalu. — KOSMO! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI