fbpx

Pesohor TikTok kongsi cara elak tambang kereta api didenda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penumpang wanita didenda kerana berjaya mengelak membayar tren Syarikat East Midland Railway di Britain. - Foto EMR

LONDON – Seorang pesohor TikTok yang berkongsikan tips mengelak membayar tambang kereta api dengan pengikutnya ditahan dan didenda sebanyak £773 (RM4,548), lapor laman berita MailOnline semalam.

Sebelum didenda, wanita itu berkongsi banyak video di akaun media sosialnya yang menjelaskan tentang bagaimana dia mampu mengelak daripada membayar tambang tren. Dia juga menggesa para pengikutnya agar melakukan perkara yang sama.

“Saya tidak pernah membayar harga penuh untuk perjalanan kereta api. Saya fikir dengan kenaikan harga, saya akan berkongsi petua dengan anda,” katanya dalam video tersebut.

Helahnya termasuk duduk berhampiran tandas dan jika perlu, seseorang perlu bersembunyi (di dalam tandas) daripada pemeriksa tiket.

Tiket itu kemudian boleh dibeli di perhentian paling murah dan bukannya destinasi sebenar yang hendak dituju.

Syarikat East Midland (EMR) memberitahu MailOnline bahawa video itu adalah sebahagian daripada bukti terhadapnya.

Wanita itu didenda selepas siasatan dilakukan ke atasnya dengan kerjasama antara EMR dan Polis Pengangkutan British. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI