fbpx

Isham protes, tidak mahu hadir mesyuarat MKT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isham.

PETALING JAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil menegaskan tidak akan menghadiri mesyuarat MKT malam ini, sebagai tanda protes kepada kepimpinan parti berkenaan.

Isham dalam satu kenyataan berkata, beliau juga kekal dengan pendiriannya itu selagi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat keputusan untuk menyertai pilihan raya bersama DAP.

“Ini penggal kedua saya dalam Majlis Tertinggi, saya sudah boleh baca apa yang dia akan buat dalam mesyuarat.

“Buat apa saya ikut kemahuan dia dan datang tadah muka di lubuknya,” katanya, hari ini.

Selain itu, Isham berkata, sekiranya Ahmad Zahid ikhlas, sebaiknya beliau menunaikan cabaran untuk berdebat dengannya di gelanggang yang neutral.

“Saya harap Datuk Seri Presiden sedar dan menerima hakikat dan tidak berada dalam sindrom penafian bahawa lebih ramai orang-orang Melayu kini menolak UMNO oleh kerana keputusan Presiden untuk pergi pilihan raya bersama DAP selepas PRU-15.

“Jika keadaan ini berterusan, UMNO akan hancur dalam beberapa tahun lagi oleh kerana keputusan ini. UMNO ini adalah parti keramat yang memperjuangkan orang-orang Melayu di Malaysia selama ini,” ujarnya.

Isham juga menegaskan beliau juga akan meletakkan jawatan sekiranya Ahmad Zahid meletak jawatan bagi mengetepikan kepentingan diri sendiri sehingga menghancurkan parti tersebut.

“Kita sama-sama berkorban asalkan parti keramat ini dapat diselamatkan selagi ada masa,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid pada sidang akhbar hari ini mengharapkan Isham mempunyai keberanian untuk menghadiri Mesyuarat MKT parti itu malam ini, selepas tiga kali beliau tidak menghadirinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI