fbpx

Gara-gara kod QR, wanita terima bil makanan RM281,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita menerima bil hidangan makanan berharga RM281,020 di sebuah restoran di China baru-baru ini. - Foto Twitter

BEIJING – Seorang wanita di China terkejut apabila menerima bil sebanyak 430,000 yuan (RM281,020) untuk makanan yang tidak dipesan ketika mengunjungi sebuah restoran, lapor laman berita Wion News semalam.

Wanita yang dikenali sebagai Wang itu mengunjungi restoran tersebut bersama rakannya pada bulan lalu. Ketika berada di premis berkenaan, dia memuat naik gambar-gambar hidangan di akaun media sosial.

Bagaimanapun, dalam satu gambar, dia tanpa sengaja menyiarkan kod Respon Pantas (QR) di  meja tempat dia dan rakannya sedang makan.

Ia menyebabkan netizen yang melihat kod QR itu mula menggunakannya untuk memesan makanan secara online yang kemudiannya dicaj pada bil Wang.

Menurut akhbar South China Morning Post, walaupun Wang mengehadkan tontonan di halaman WeChat Moments dan hanya boleh dilihat oleh kenalannya, senarai itu turut melibatkan sebilangan besar pengguna lain.

Selepas menyedari kejadian itu, Wang segera memadam hantarannya tetapi beberapa pengguna bertindak memuat turun foto tersebut dan terus membuat pesanan makanan.

Pihak pengurusan restoran yang memahami keadaan itu tidak meminta Wang membayar bil tersebut serta menolak pesanan yang diterima secara online. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI