fbpx

Ujian satu tahun tidak gugat komitmen Ahmad Zahid kepada rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid

PETALING JAYA – Meskipun dihujani ujian sejak menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan, komitmen Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat tidak tergugat untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat.

Menerusi dokumentari Perjalanan Satu Tahun Ahmad Zahid Hamidi yang disiarkan di YouTube, hari ini, Ahmad Zahid terus komited menjalankan amanah dengan melaksanakan pelbagai usaha ketika meneraju Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Antara pencapaian beliau yang dikongsi meliputi pembangunan modal insan, pembangunan infrastruktur, kesejahteraan rakyat dan kawasan luar bandar, penghayatan Islam dan pembangunan halal serta keterjaminan makanan negara.

“Berdasarkan konsep wahdatul fiqh, berserta pendekatan Malaysia Madani. Diharapkan 12 bulan lagi rakyat di seluruh negara akan dapat melihat dan merasai lebih banyak hasil membentuk pembangunan ekonomi dan kesejahteraan untuk kelangsungan hidup seluruh rakyat Malaysia.

“Ternyata banyak usaha yang telah dilakukan oleh Ahmad Zahid berjaya membuahkan hasil yang boleh dirasai dan dilihat secara langsung oleh kumpulan sasar dalam tempoh hanya 12 bulan usia Kerajaan perpaduan ini,” katanya.

Untuk rekod, pada 19 November 2022 menyaksikan tiada pakatan politik yang memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan baharu serta terjadinya Parlimen tergantung selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dengan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri ke 10 pada 24 November 2022 melalui gabungan beberapa parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Pengakhiran kemelut ini secara tidak langsung membuka lembaran baharu perjalanan karier politik Ahmad Zahid apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI