fbpx

Malaysia ada ramuan benam Chile

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain negara sudah bersiap sedia membuka kempen Piala Dunia Remaja menentang Chile malam ini. - MHC

BIARPUN tidak mendapat ba­nyak input mengenai Chile tetapi ketua jurulatih skuad remaja lelaki negara, Muhamad Amin Rahim yakin mampu membuka kempen Piala Dunia Remaja 2023 dengan langkah kanan.

Amin mengakui, barisan pemainnya berada pada landasan tepat untuk merakam kemena­ngan pertama menjelang aksi pertama Kumpulan A menentang Chile di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Menurutnya, keyakinan itu berdasarkan kejayaan dalam aksi persahabatan terakhir kelmarin dengan menewaskan India 1-0 yang dianggap antara pasukan pilihan kejohanan.

“Kita ada sedikit bekalan untuk aksi Chile dan Argentina tetapi kita masih usaha mendapatkan lagi maklumat-maklumat lain. Kita akan kaji dan buat ‘homework’ dengan pemain-pemain.

“Saya tak risau mengenai aksi pertama kerana saya percaya semua pasukan di sini mengalami perkara sama. Pemain yang lebih cepat menyesuaikan diri dengan perlawanan, mereka akan lebih menguasainya.

“Pemain juga sedar, sebab itu kami buat aksi persahabatan hari ini (kelmarin) supaya mereka lebih bersedia. Apa-apa pun saya nampak kami dalam landasan yang baik untuk aksi bertemu Chile,” katanya.

Justeru, Amin mengharapkan kemenangan ke atas Chile malam ini mampu menjadi pembakar semangat buat para pemain menghadapi perlawanan-perlawanan akan datang.

“Chile datang dengan pasukan muda tetapi kita tak boleh pandang rendah. Saya tak mahu terlalu terperinci, namun kemenangan pertama sangat penting bagi mendapatkan tiga mata dan kelebihan mo­ral,” jelasnya.

Young Tigers tidak pernah tewas dalam tiga pertemuan ke atas Chile dengan kali terakhir mencatat kemenangan 2-1 sewaktu Piala Dunia Remaja 2021 di Bhubaneswar, India.

Selepas Chile, Malaysia akan bertemu juara bertahan, Argentina malam esok sebelum melengkapkan Kumpulan A menentang Australia pada Jumaat ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN