fbpx

Dewan Negara: 1.27 juta mohon kerja kerajaan tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerima sebanyak 1,279,494 permohonan kerja berdasarkan statistik permohonan kerja SPA tahun lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, seramai 1,213,316 atau 94.8 peratus pemohon adalah belia berusia 18 hingga 35 tahun.

“Bagi urusan pelantikan ke jawatan tetap SPA telah melantik 20,762 calon daripada jawatan tersebut dan sebahagian besar calon merupakan golongan belia iaitu 19,044. Bermakna kita tidak meninggalkan belia. Sebanyak 91.7 peratus.

“Sebagai usaha meningkatkan minat dan peluang kepada golongan belia menyertai perkhidmatan awam, SPA sentiasa komited dalam menjalinkan kerjasama strategik dengan institusi pengajian tinggi, sekolah dan badan bukan kerajaan,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Dr. Azhar Ahmad mengenai langkah membantu golongan belia atau lepasan universiti untuk mendapatkan peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan sedangkan umur persaraan wajib bagi penjawat awam adalah berusia 60 tahun.

Menjawab soalan tambahan Senator Mohd. Hasbie Muda, beliau menjelaskan pelantikan penjawat awam ke jawatan tinggi adalah berdasarkan merit, kelayakan dan pengalaman.

Terdahulu, Mohd. Hasbie mempersoalkan prospek belia untuk mengisi jawatan utama dalam perkhidmatan awam sedangkan jawatan terbabit hanya disandang oleh penjawat-penjawat awam berusia 50 tahun ke atas.

“Sekarang ada menteri usia bawah 40 tahun dan ramai anggota Kabinet daripada golongan muda, tetapi dalam jawatan utama penjawat awam berusia lebih 50 tahun,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI